Apakah itu ramalan destinasi?
TomTom Rider anda kini boleh mempelajari kebiasaan pemanduan harian anda ke Tempat kegemaran yang disimpan dan juga boleh mencadangkan destinasi apabila anda memulakan peranti daripada mod tidur, contohnya apabila memandu ke Tempat Kerja pada waktu pagi.
Bersedia untuk ramalan destinasi
Sebelum anda mendapatkan destinasi cadangan pertama anda, peranti anda memerlukan sedikit masa untuk mempelajari kebiasaan anda. Semakin kerap anda memandu dengan TomTom Rider anda, semakin cepat anda akan mendapatkan cadangan dan destinasi cadangan akan menjadi semakin tepat.
Untuk menerima destinasi ramalan, anda perlu melakukan perkara berikut:
Menggunakan ramalan destinasi
Penting: Jika peranti anda menyokong kawalan suara, anda boleh menyebut "Ya" atau "Tidak" atau memilih butang Ya atau Tidak.
Jika peranti anda menunjukkan "Pergi ke X?", dengan X merupakan destinasi, anda mempunyai 12 saat untuk membalas ya atau tidak.
Petua: Jika anda tidak membalas ya atau tidak, TomTom Rider anda akan menganggap ya.
Untuk membalas ya, sebut "Ya" atau pilih Ya. Peranti anda merancang laluan ke destinasi anda.
Untuk membalas tidak, sebut "Tidak", pilih Tidak atau ketik skrin untuk kembali ke peta.
Menghidupkan atau mematikan ramalan destinasi
Anda boleh menghidupkan atau mematikan ramalan destinasi pada bila-bila masa. Lihat Perancangan laluan dan Kawalan Suara (jika peranti anda mempunyai kawalan suara) untuk maklumat tentang cara menghidupkan atau mematikan ciri ini.