Pandangan panduan

Pandangan panduan digunakan untuk memandu anda di sepanjang laluan ke destinasi anda. Pandangan panduan ditunjukkan apabila anda mula memandu. Anda melihat lokasi semasa anda dan butiran di sepanjang laluan anda, termasuk bangunan 3D di beberapa bandar.

Nota: Bangunan 3D dalam pandangan panduan tidak tersedia pada semua peranti.

Pandangan panduan biasanya dalam 3D. Untuk menunjukkan peta 2D dengan peta bergerak dalam arah perjalanan anda, tukar tetapan lalai 2D dan 3D.

Petua: Apabila anda telah merancang laluan dan pandangan panduan 3D ditunjukkan, pilih butang tukar pandangan untuk bertukar kepada pandangan peta dan menggunakan ciri interaktif.

Apabila TomTom Rider anda bermula selepas tidur dan anda mempunyai laluan terancang, anda ditunjukkan pandangan panduan dengan lokasi semasa anda.

  1. Butang tukar pandangan. Pilih butang tukar pandangan untuk bertukar antara pandangan peta dan pandangan panduan. Apabila dalam pandangan panduan, jika anda sedang memandu, anak panah kecil berputar untuk menunjukkan arah perjalanan anda relatif terhadap utara, dengan utara di atas.
  2. Butang zum. Pilih butang zum untuk zum masuk dan zum keluar.

    Petua: Pada sesetengah peranti, anda juga boleh cubit untuk zum masuk dan zum keluar.

  3. Panel arahan. Panel ini menunjukkan maklumat berikut:

    Nota: Pilih panel arahan untuk melihat senarai arahan teks belok demi belok untuk laluan terancang anda.

  4. Simbol laluan. Simbol digunakan pada laluan anda untuk menunjukkan lokasi permulaan, hentian dan destinasi anda.
  5. Butang Menu Utama. Pilih butang untuk menunjukkan Menu Utama.
  6. Panel kelajuan. Panel ini menunjukkan maklumat berikut:
  7. Lokasi semasa. Simbol ini menunjukkan lokasi semasa anda. Pilih simbol atau panel kelajuan untuk membuka menu pantas.

    Nota: Jika TomTom Rider anda tidak dapat menemui lokasi anda, maka simbol akan berwarna kelabu.

    Nota: Anda tidak boleh menukar simbol lokasi semasa.

  8. Butang telefon.
  9. Bar laluan. Bar laluan ditunjukkan apabila anda telah merancang laluan.

    Penting: Untuk melihat bar laluan yang lebih lebar dengan maklumat laluan tambahan, tukar tetapan bagi Maklumat Laluan.