Pilih Tetapan dalam Menu Utama, kemudian pilih Sistem.
Pada skrin ini, anda boleh menukar tetapan berikut:
Skrin ini menunjukkan anda semua maklumat berguna tentang model peranti TomTom anda. Maklumat ini berguna semasa membuat panggilan kepada Sokongan Pelanggan dan semasa memperbaharui langganan menggunakan kedai web TomTom.
Maklumat yang ditunjukkan di sini adalah seperti:
Dua jenis carian berikut tersedia:
Taipkan destinasi, tempat atau POI anda untuk melihat senarai nama jalan, tempat dan POI yang sepadan dengan serta-merta.
Cari destinasi anda melalui langkah yang mudah. Untuk alamat, masukkan bandar diikuti jalan dan nombor rumah. Untuk POI, masukkan lokasi carian anda, kemudian taipkan POI yang ingin anda cari.
Kedua-dua jenis carian memberikan hasil yang sama. Jadi, pilih jenis carian yang paling mudah digunakan menurut pendapat anda.
Jika peranti anda mempunyai slot kad memori, anda boleh memformatkan kad memori agar boleh digunakan untuk peta TomTom dan kandungan TomTom lain.
Pilih tetapan ini untuk memadamkan semua tempat yang disimpan dan tetapan anda serta memulihkan tetapan kilang standard pada TomTom Rider anda. Ini termasuk bahasa, tetapan suara, tetapan amaran dan tema. Buku kenalan daripada telefon anda juga dipadamkan.
Ini bukan kemas kini perisian dan tidak akan melibatkan versi aplikasi perisian yang dipasang pada TomTom Rider anda.
Pilih tetapan ini untuk mengawal pilihan penjimatan kuasa pada TomTom Rider anda.
Sesetengah ciri memerlukan maklumat dihantar kepada TomTom atau disimpan pada peranti anda. Anda akan ditanya soalan berikut:
Jika anda bersetuju, anda boleh menggunakan ciri berikut jika disokong oleh peranti anda:
Lalu lintas
Muat turun lokasi kamera kelajuan
Hantar laporan kamera kelajuan
Jika anda bersetuju, peranti anda akan mencadangkan destinasi jika ciri berkenaan disokong oleh peranti anda. Jika anda tidak bersetuju kemudian, maklumat laluan bersejarah anda akan dialih keluar. Ini bermakna bahawa jika anda ingin menerima destinasi cadangan lagi kemudian, ciri tersebut perlu mempelajari semula corak pemanduan anda sebelum ia dapat mula mencadangkan destinasi.