Pilih Tetapan dalam Menu Utama, kemudian pilih Bunyi & Amaran.
Pada skrin ini, anda boleh menukar tetapan bunyi dan amaran.
Jenis amaran
Anda boleh memilih cara anda menerima amaran:
Dengar amaran percakapan dan bunyi amaran.
Dengar bunyi amaran sahaja.
Tiada bunyi amaran diberikan.
Amaran
Anda boleh menetapkan cara anda menerima amaran bagi jenis kamera, zon bahaya dan bahaya yang berlainan. Anda boleh memilih untuk sentiasa menerima amaran, menerima amaran jika anda sedang memecut atau tidak menerima amaran.
Kamera Kelajuan & bahaya
Anda boleh memilih untuk mematikan semua amaran kamera kelajuan, zon bahaya dan bahaya. Apabila Kamera Kelajuan & bahaya dimatikan, anda boleh mematikan amaran bagi setiap jenis kamera kelajuan, zon bahaya dan bahaya.
Tetapan tambahan
Amaran kesesakan lalu lintas dalam bar laluan adalah sebahagian daripada TomTom Traffic. Anda boleh memilih untuk tidak menerima amaran langsung atau sentiasa menerima amaran apabila menghampiri kesesakan lalu lintas pada kelajuan yang terlalu cepat.
Amaran ini diberikan sebaik sahaja anda melebihi had kelajuan dengan lebih daripada 5 km/j atau 3 btj. Apabila anda melebihi had laju, panel kelajuan juga bertukar menjadi merah dalam pandangan panduan.
Hidupkan Bunyi sentuhan skrin untuk mendengar klik apabila anda memilih item atau menyentuh butang. Bunyi klik bermakna bahawa pilihan atau sentuhan anda telah difahami.
Hidupkan Baca amaran lalu lintas dengan kuat untuk mendengar amaran percakapan mengenai lalu lintas pada laluan anda.