Menyusun semula butang Menu Utama
Untuk menyusun semula butang dalam Menu Utama supaya mengikut kesukaan anda, lakukan yang berikut:
- Pilih butang Menu Utama untuk membuka Menu Utama.

- Tekan dan tahan butang yang anda mahu alihkan selama dua saat.
Petua: Secara alternatif, pilih butang Edit dalam Menu Utama.

Butang menu ditunjukkan dengan anak panah kanan dan kiri.
- Tekan anak panah kanan atau kiri pada butang menu untuk mengalihkan butang ke kedudukan baru dalam menu.
- Pilih dan alihkan butang lain mengikut susunan yang anda mahu.
- Pilih Selesai.