Merancang laluan dengan hentian menggunakan MyDrive

Apabila anda dilog masuk ke TomTom MyDrive menggunakan pelayar web, anda boleh mencipta laluan dengan hentian dan menghantarkannya ke peranti navigasi anda. Apabila peranti navigasi anda dilog masuk ke akaun TomTom anda, peranti anda akan menyegerak dengan MyDrive dan menerima destinasi.

Mencipta laluan dengan hentian

  1. Dalam pelayar web, log masuk ke akaun TomTom anda.
  2. Pada peta, pilih destinasi.

    Petua: Anda boleh mencari destinasi atau anda boleh mengalihkan peta dan memilih destinasi pada peta. Anda juga boleh memilih destinasi daripada Destinasi Terkini dalam Menu Utama atau senarai Tempat Saya.

  3. Pada peta, pilih hentian dengan cara yang sama anda memilih destinasi anda kemudian pilih Tambah Hentian.

    Hentian ditambahkan pada laluan anda.

    Laluan anda dipilih dan menu muncul menunjukkan Hantar laluan ke peranti.

  4. Jika mahu, tambahkan lebih banyak hentian pada laluan anda.
  5. Dalam menu muncul, pilih Hantar Laluan ke peranti.

    Destinasi dan hentian dihantar kepada akaun TomTom anda.

  6. Log masuk ke MyDrive pada TomTom Rider anda.

    TomTom Rider anda menyegerak dengan akaun TomTom dan menerima destinasi MyDrive baru dan hentian.

    Mesej Anda telah menerima laluan baru ditunjukkan. Laluan dirancang secara automatik ke destinasi MyDrive dan hentian.

    Petua: Semua destinasi MyDrive disimpan dalam Destinasi Terkini dalam Menu Utama dan dalam Tempat Saya.

    Petua: Anda boleh menyimpan laluan dengan hentian dalam Laluan Saya.

Menyusun semula hentian pada laluan

  1. Dalam Rancang Laluan dalam Menu Utama MyDrive, letakkan kursor tetikus anda di atas hentian atau destinasi.
  2. Gerakkan kursor anda ke kiri sehingga ia berubah kepada simbol tangan.
  3. Klik dan seret setiap hentian atau destinasi kepada susunan yang anda ingin pandu.

    Pada setiap kali hentian atau destinasi dialihkan, laluan anda dikira semula mengikut hentian dalam susunan yang diubah.

    Hentian terakhir pada senarai akan menjadi destinasi anda.