Menavigasi menggunakan trek

Anda boleh mengimport trek ke TomTom Rider anda menggunakan MyDrive. Untuk menavigasi menggunakan trek yang diimport, lakukan perkara berikut:

  1. Dalam Menu Utama, pilih Laluan Saya.
  2. Pilih trek daripada senarai anda.

    Laluan trek ditunjukkan pada pandangan peta.

  3. Pilih trek, kemudian pilih menu muncul.

  4. Pilih Pandu ke Titik Permulaan.

    Titik permulaan trek ditukar menjadi hentian pertama anda kemudian laluan dirancang. Panduan ke destinasi anda bermula dari lokasi semasa anda. Sebaik sahaja anda mula memandu, pandangan panduan akan ditunjukkan secara automatik.

    Nota: Anda melihat dua warna berlainan pada peta untuk laluan dan trek anda. Anda melihat satu warna untuk laluan dari lokasi semasa anda ke titik permulaan, dan warna kedua untuk trek.

    Petua: Terdapat dua cara lain untuk menavigasi menggunakan laluan disimpan:

    Pilih titik permulaan laluan. Apabila menu muncul terbuka, pilih Pandu ke Titik Permulaan.

    Sebagai alternatif, pilih Pandu ke Titik Permulaan atau Pandu ke Laluan dalam menu Trek Semasa.

    Jika anda memilih Pandu dan bukannya Pandu ke Titik Permulaan, peranti anda mengira laluan daripada kedudukan semasa anda kepada titik terdekat trek. Gunakan pilihan ini jika anda hampir dengan trek dan ingin meneruskan atau bermula pada titik terdekat.