Melihat statistik perjalanan

TomTom Rider anda boleh menunjukkan sejauh mana anda telah menunggang, berapa lama anda telah menunggang dan kadar kelajuan anda menunggang.

Untuk melihat statistik perjalanan, pilih Statistik Perjalanan dalam Menu Utama.

Pilih satu daripada tiga tab untuk melihat statistik bagi perjalanan hari ini, perjalanan semasa dan perjalanan sepanjang masa anda.

Petua: Sepanjang Masa ialah statistik yang telah dikumpulkan sejak peranti dibeli dan kali pertama dihidupkan.

Petua: Tanda titik disertakan dalam jarak besar, contohnya, 20047,64 kilometer ditunjukkan sebagai 20.047,6 km.

Statistik untuk perjalanan semasa anda

Untuk melihat statistik bagi perjalanan yang anda sedang lakukan sekarang, pilih tab Sejak --/--/--.

Untuk memulakan perjalanan baru, pilih butang Kosongkan perjalanan, sama seperti mengeset semula odometer di dalam kereta.

Selepas menghentikan basikal anda, jika anda tidak menekan butang Kosongkan perjalanan, statistik terus bertambah apabila anda mula bergerak semula. Ini bermaksud anda mendapatkan statistik yang tepat bagi perjalanan yang merentang beberapa hari atau beberapa perjalanan dalam sehari.

Penting: Jika anda setkan semula tetapan kilang, semua tab sepanjang masa disetkan semula kepada nilai kosong!