Log masuk ke MyDrive

Anda mestilah log masuk ke TomTom MyDrive untuk menyegerak ke akaun TomTom anda. Apabila anda log masuk ke akaun anda daripada peranti navigasi, pelayar web atau aplikasi MyDrive anda, penyegerakan dengan akaun TomTom anda berlaku secara automatik.

Petua: Jika anda log masuk untuk menggunakan MyDrive, anda juga akan dilog masuk untuk menerima Kemas Kini dan Item Baru.

Log masuk ke MyDrive pada TomTom Rider anda

  1. Pada Menu Utama, pilih Tetapan.
  2. Pilih MyDrive.
  3. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan yang anda gunakan untuk akaun TomTom anda.
  4. Pilih Log Masuk.

    TomTom Rider anda bersambung kepada akaun TomTom anda.

  5. Kembali ke pandangan peta.

    TomTom Rider anda secara automatik menyimpan maklumat navigasi peribadi anda kepada akaun TomTom anda.

    Petua: Anda juga akan diminta untuk log masuk pada kali pertama anda memulakan peranti anda dan apabila anda menggunakan Kemas Kini & Item Baru.

Log masuk ke MyDrive menggunakan pelayar web atau aplikasi MyDrive

Log masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan akaun TomTom anda. Apabila anda dilog masuk, anda boleh melihat maklumat navigasi peribadi anda daripada peranti navigasi dan anda boleh memilih destinasi dan mencipta Tempat untuk disegerakkan dengan peranti navigasi anda.

Tip: To access settings and the status of your services quickly, select the menu bar at the top of the main menu. In portrait mode, you can also tap the icons down the right hand side.