Mengimport laluan dan trek daripada kad memori
Anda boleh mengimport dua jenis fail daripada kad memori:
- Fail GPX - ini menjadi trek selepas import.
- Fail ITN - ini menjadi laluan selepas import.
Fail ITN ialah fail jadual perjalanan TomTom.
Untuk mengimport satu atau lebih banyak laluan dan trek daripada kad memori, lakukan perkara berikut:
- Masukkan kad memori ke dalam slot kad pada TomTom Rider anda.
Jika laluan ditemui pada kad memori anda, mesej pengesahan diberikan.
- Pilih Import Laluan.
- Pilih satu atau lebih banyak laluan daripada senarai pada kad memori anda untuk import.
- Pilih Import.
Anda akan melihat mesej Mengimport trek. Laluan anda diimport ke dalam peranti anda.
- Apabila anda melihat mesej yang menyatakan bahawa laluan anda telah berjaya diimport, alih keluar kad memori anda.
- Untuk melihat laluan dan trek anda yang diimport, pilih Laluan Saya dalam Menu Utama.