CARIAN LANGKAH DEMI LANGKAH SAHAJA
Pilih Pandu Ke dalam Menu Utama, kemudian pilih Alamat atau Tempat Tumpuan. Skrin carian akan menunjukkan papan kekunci dan butang berikut:

Pilih butang ini untuk kembali ke skrin sebelumnya.
Masukkan istilah carian anda di sini. Semasa anda menaip, alamat atau POI yang sepadan akan ditunjukkan.
Petua: Jika anda tekan dan tahan kekunci huruf pada papan kekunci, anda boleh mengakses aksara tambahan jika tersedia. Contohnya, tekan dan tahan huruf "e" untuk mengakses aksara 3 e è é ê ë dan banyak lagi.
Petua: Untuk mengedit, pilih perkataan yang telah anda taipkan bagi menempatkan kursor. Anda kemudian boleh memasukkan atau memadamkan aksara.
Pilih negara atau negeri yang ingin anda cari.
Pilih butang ini untuk kembali ke pandangan peta atau pandangan panduan.
Pilih butang ini untuk menggunakan nombor dan simbol pada papan kekunci anda. Pilih butang =\< untuk menogol antara nombor dengan simbol lain. Pilih butang ABC untuk kembali ke papan kekunci umum.
Pilih butang ini untuk mengubah susun atur papan kekunci anda kepada bahasa lain. Anda boleh memilih sebanyak empat susun atur daripada senarai. Jika anda mempunyai lebih daripada satu susun atur yang dipilih, pemilihan butang susun atur papan kekunci membuka menu muncul agar anda boleh menyilih antara susun atur papan kekunci yang anda pilih. Tekan dan tahan butang ini untuk pergi terus ke senarai semua susun atur.
Pilih butang ini untuk menyembunyikan papan kekunci.
Pilih butang ini untuk menunjukkan atau menyembunyikan papan kekunci.
Petua: Pilih kekunci Shift sekali untuk menjadikan huruf seterusnya yang anda taipkan berhuruf besar. Dwiketik kekunci Shift untuk menggunakan Caps-Lock, iaitu semua huruf yang anda taipkan adalah huruf besar. Pilih kekunci Shift sekali untuk keluar dari Caps-Lock.
Petua: Untuk membatalkan carian, pilih butang pandangan peta/panduan di sudut atas kanan skrin.