CARIAN PANTAS SAHAJA
Pilih Carian dalam Menu Utama untuk mula mencari alamat dan POI. Skrin carian terbuka menunjukkan papan kekunci dan butang berikut:
Pilih butang ini untuk kembali ke skrin sebelumnya.
Masukkan istilah carian anda di sini. Semasa anda menaip, alamat dan POI yang sepadan ditunjukkan.
Petua: Jika anda tekan dan tahan kekunci huruf pada papan kekunci, anda boleh mengakses aksara tambahan jika tersedia. Contohnya, tekan dan tahan huruf "e" untuk mengakses aksara 3 e è é ê ë dan banyak lagi.
Petua: Untuk mengedit, pilih perkataan yang telah anda taipkan bagi menempatkan kursor. Anda kemudian boleh memasukkan atau memadamkan aksara.
Anda boleh mencari seluruh peta semasa atau kawasan khusus seperti pekan atau bandar atau tempat berhampiran destinasi anda. Pilih butang ini untuk menukar jenis carian kepada mana-mana satu yang berikut:
Seluruh peta Pilih pilihan ini untuk mencari seluruh peta semasa anda dengan tiada had lingkungan carian. Lokasi semasa anda ialah pusat carian. Hasil diletakkan mengikut padanan tepat. |
|
Berhampiran saya Pilih pilihan ini untuk membuat carian dengan lokasi GPS semasa anda sebagai pusat carian. Hasil diletakkan mengikut jarak. |
|
Di pekan atau bandar Pilih pilihan ini untuk menggunakan pekan atau bandar sebagai pusat carian anda. Anda perlu memasukkan nama pekan atau nama bandar menggunakan papan kekunci. Apabila anda telah memilih pekan atau bandar daripada senarai hasil, anda boleh mencari alamat atau POI di bandar tersebut. |
|
Di sepanjang laluan Apabila laluan telah dirancang, anda boleh memilih pilihan ini untuk membuat carian di sepanjang laluan anda bagi jenis lokasi yang tertentu, contohnya, stesen minyak. Apabila digesa, masukkan jenis lokasi kemudian pilihnya dalam lajur sebelah kanan untuk melaksanakan carian. |
|
Berhampiran destinasi Apabila laluan telah dirancang, anda boleh memilih pilihan ini untuk menggunakan destinasi anda sebagai pusat carian anda. |
|
Latitud Longitud Pilih pilihan ini untuk memasukkan sepasang koordinat latitud longitud. |
Pilih butang ini untuk kembali ke pandangan peta atau pandangan panduan.
Pilih butang ini untuk menggunakan nombor dan simbol pada papan kekunci anda. Pilih butang =\< untuk menogol antara nombor dengan simbol lain. Pilih butang ABC untuk kembali ke papan kekunci umum.
Pilih butang ini untuk mengubah susun atur papan kekunci anda kepada bahasa lain. Anda boleh memilih sebanyak empat susun atur daripada senarai. Jika anda mempunyai lebih daripada satu susun atur yang dipilih, pemilihan butang susun atur papan kekunci membuka menu muncul agar anda boleh menyilih antara susun atur papan kekunci yang anda pilih. Tekan dan tahan butang ini untuk pergi terus ke senarai semua susun atur.
Pilih butang ini untuk bertukar antara tunjukkan hasil dalam senarai atau tunjukkan hasil pada peta.
Pilih butang ini untuk menunjukkan atau menyembunyikan papan kekunci.
Petua: Pilih kekunci Shift sekali untuk menjadikan huruf seterusnya yang anda taipkan berhuruf besar. Dwiketik kekunci Shift untuk menggunakan Caps-Lock, iaitu semua huruf yang anda taipkan adalah huruf besar. Pilih kekunci Shift sekali untuk keluar dari Caps-Lock.
Petua: Untuk membatalkan carian, pilih butang pandangan peta/panduan di sudut atas kanan skrin.