Mencipta laporan perubahan peta daripada lokasi bertanda

Jika anda melihat peta tidak konsisten semasa anda memandu, anda boleh menandakan lokasi agar anda boleh melaporkan perubahan kemudian.

Petua: Anda boleh menandakan lokasi semasa anda walaupun semasa anda memandu.

Penting: Jangan laporkan perubahan peta semasa anda memandu.

  1. Dalam pandangan peta atau pandangan panduan, pilih simbol lokasi semasa atau panel kelajuan.

    Menu Pantas terbuka.

  2. Pilih Tandakan Lokasi.

    Lokasi bertanda disimpan dalam Tempat Saya dengan tarikh dan masa anda menyimpan lokasi.

  3. Dalam Menu Utama, pilih Tempat Saya.
  4. Buka folder Lokasi bertanda dan pilih lokasi bertanda.

    Lokasi bertanda ditunjukkan pada peta.

  5. Pilih Lapor Perubahan Peta daripada menu muncul.
  6. Pilih jenis perubahan peta yang anda ingin gunakan.

    Nota: Jika anda ingin melaporkan jenis perubahan peta yang tidak ditunjukkan dalam menu, gunakan Map Share Reporter di tomtom.com.

  7. Ikuti arahan bagi jenis perubahan peta yang anda pilih.
  8. Pilih Lapor.

    Penanda untuk lokasi bertanda dialih keluar daripada peta.

  9. Sambungkan TomTom Rider anda ke MyDrive Connect untuk menghantar laporan perubahan peta anda kepada TomTom dan menerima perubahan peta daripada pengguna TomTom yang lain.