Menyambung kepada Internet menggunakan MyDrive Connect

Jika anda tidak dapat menyambung kepada Internet menggunakan Wi-Fi, anda boleh memasang kemas kini dan item baru menggunakan sambungan USB kepada komputer.

Semasa disambungkan, anda juga boleh Menyegerak menggunakan TomTom MyDrive.

Untuk menyambungkan kepada Internet menggunakan USB, lakukan perkara berikut:

  1. Pastikan MyDrive Connect dipasang pada komputer anda.
  2. Pastikan komputer anda mempunyai sambungan Internet yang berfungsi.
  3. Sambungkan TomTom Rider anda kepada komputer anda menggunakan kabel USB yang dibekalkan, kemudian hidupkan TomTom Rider anda.

    MyDrive Connect bermula secara automatik dan berkongsi Internet komputer anda dengan peranti anda.

    Nota: Gunakan kabel USB yang dibekalkan dengan TomTom Rider anda SAHAJA. Kabel USB yang lain mungkin tidak berfungsi.

    Nota: Anda tidak boleh menggunakan pelekap untuk menyambungkan TomTom Rider anda ke komputer anda.

    Nota: Anda hendaklah memasang kabel USB terus kepada port USB pada komputer anda dan bukan kepada hab USB atau port USB pada papan kekunci atau monitor.

  4. Pasang kemas kini dan item baru pada TomTom Rider anda.