Menyambungkan set kepala berbilang saluran

Arahan berikut menerangkan cara untuk menyambungkan set kepala berbilang saluran Bluetooth:

Perhatian: Jika anda telah cuba menyambungkan peranti anda, kosongkan sejarah perpasangan pada peranti dan telefon anda kemudian mula semula. Ini akan mewujudkan sesi Bluetooth baru antara peranti. Lihat: Memutuskan sambungan telefon pintar

Tip: To see videos about connecting your headset to your Rider 500/550, see: https://au.support.tomtom.com/app/answers/detail/a_id/25644/locale/en_MY

  1. Pastikan set kepala anda dicas sepenuhnya menggunakan pengecas yang disertakan bersama set kepala anda.
  2. Hidupkan set kepala dan tetapkannya kepada boleh ditemui dengan mengikuti arahan pengguna yang disertakan bersama set kepala anda.
  3. Pasangkan telefon anda dengan set kepala menggunakan saluran 1 Bluetooth bagi set kepala.
  4. Pasangkan Rider anda dengan telefon anda.
  5. Pasangkan Rider anda dengan set kepala menggunakan saluran 2 Bluetooth bagi set kepala.

Memasangkan Rider anda dengan set kepala anda

  1. Dari Menu Utama, pilih Tetapan.
  2. Pilih Bluetooth.

  3. Pilih Tambah Set kepala.
  4. Pilih Teruskan kemudian Pilih Set kepala dan ikuti arahan untuk membuat sambungan.
  5. Lekapkan set kepala anda kepada topi keledar dengan mengikuti arahan dalam manual set kepala anda.

    Pastikan anda menempatkan mikrofon secara betul. Untuk hasil terbaik, jangan letakkan mikrofon terus di depan mulut anda, hanya letakkannya di tepi mulut anda.

Penting: Apabila menggunakan set kepala, kawalan kelantangan mungkin tidak tersedia kerana set kepala anda tidak menyokong kawalan kelantangan jauh. Dalam kes ini, gunakan butang kawalan kelantangan pada set kepala tersebut untuk mengubah kelantangan.