Elakkan jalan yang disekat

Jika terdapat sekatan jalan pada laluan anda, anda boleh menukar laluan anda untuk mengelakkannya.

  1. Dalam pandangan panduan, pilih simbol lokasi semasa atau panel kelajuan.

    Petua: Panel kelajuan hanya ditunjukkan apabila anda telah mula memandu pada laluan anda.

  2. Pilih Elakkan Jalan Yang Disekat.

    Laluan baru yang mengelakkan jalan yang disekat ditemui. Anda mungkin mendapatkan sebanyak dua alternatif bergantung pada rangkaian jalan di antara anda dengan destinasi anda.

    Laluan baru ditunjukkan pada pandangan peta dengan perbezaan masa perjalanan dalam belon.

    Nota: Laluan alternatif di sekeliling jalan yang disekat mungkin tidak dapat ditemui jika tidak wujud.

  3. Pilih laluan baru dengan memilih belon masa.

    Panduan ke destinasi anda dimulakan semula untuk mengelakkan jalan yang disekat. Sebaik sahaja anda mula memandu, pandangan panduan akan ditunjukkan secara automatik.