Menambah lokasi ke Tempat Saya menggunakan penanda
Untuk menandakan lokasi dan menambahnya secara sementara ke Tempat Saya, lakukan perkara yang berikut:
- Pastikan bahawa lokasi semasa anda ialah lokasi yang anda ingin tandakan.
- Pilih simbol lokasi semasa atau panel kelajuan dalam pandangan panduan untuk membuka menu pantas.
- Pilih Tandakan Lokasi.
- Apabila ditandakan, lokasi disimpan dalam Tempat Saya dalam senarai Lokasi Yang Bertanda.
Jika anda ingin menyimpan lokasi bertanda secara kekal, tambahnya ke Tempat Saya dengan melakukan perkara yang berikut:
- Dalam Menu Utama, pilih Tempat Saya.
- Pilih Lokasi Bertanda dan pilih lokasi anda daripada senarai.
Lokasi bertanda ditunjukkan pada peta.
- Pilih Tambah ke Tempat Saya daripada menu muncul.
Nama lokasi muncul dalam skrin edit.
- Edit nama lokasi agar anda dapat mengenalinya dengan mudah.
- Pilih Tambah.