Perihal Wi-Fi®

Cara termudah menguruskan peta, perisian dan semua kandungan anda adalah melalui sambungan Wi-Fi.

Peranti anda boleh dikemas kini menggunakan Wi-Fi tanpa perlu bersambung ke komputer. Peranti anda mengingati rangkaian Wi-Fi yang pernah disambungkan agar anda boleh memastikan peranti anda kekal terkini apabila anda berada dalam julat rangkaian tersebut.

Sebelum anda bermula, pastikan anda mempunyai akses kepada rangkaian Wi-Fi yang tanpa halangan seperti rangkaian rumah peribadi. Harap maklum bahawa mengemas kini melalui rangkaian Wi-Fi awam seperti di lapangan terbang dan hotel tidak disyorkan kerana kemas kini sedemikian mungkin besar dan sambungan rangkaian mungkin tidak stabil.

Petua: Jika anda tiada akses kepada rangkaian Wi-Fi atau rangkaian Wi-Fi anda perlahan atau tidak stabil, anda boleh menggunakan sambungan USB untuk mengemas kini menggunakan MyDrive Connect pada komputer anda.